Sunday, October 11, 2009

KONSEP PERPADUAN DAN INTEGRASI

Perpaduan boleh diertikan sebagai satu proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan tanah air.

Integrasi merupakan satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik (Ahmad Haji Kambar, 1987). Unsur integrasi yang terdiri daripada

  1. Integrasi wilayah yang bertujuan mengurangkan jurang perbezaan pembangunan ekonomi dan sosial antara wilayah yang maju dengan yang mundur. Di Malaysia, tumpuan integrasi wilayah ialah antara Malaysia Barat dan Malaysia Timur dan Pantai Timur Semenanjung Malaysia dengan Pantai Barat Semenanjung Malaysia.
  2. Integrasi ekonomi yang boleh diertikan sebagai usaha-usaha untuk mengurangkan jurang perbezaan ekonomi antara kumpulan etnik
  3. Integrasi kebudayaan melibatkan usaha membentuk suatu kebudayaan kebangsaan
  4. Integrasi sosial merangkumi usaha-usahameyatupadukan rakyat melalui progam sosial seperti sukan, pendidikan, perumahan dan kesihatan
  5. Integrasi pendidikan bertujuan untuk mewujudkan satu sistem pendidikan yang bercorak kebangsaan dan sempurna dari segi intelek, jasmani dan rohani
  6. Integrasi politik yang merangkumi usaha-usaha menyatukan rakyat melalui kerjasama dan pembahagian kuasa politik.

Proses mencapai sebuah masyarakat integrasi bukanlah suatu yang mudah. Menurut Ting Chew Peh (1987), integrasi ialah suatu proses yang sangat kompleks. Tahap-tahap hubungan etnik boleh dilihat dari segi darjah kedkatan bermula dengan hubungan terpisah iaitu segregasi sehinggalah hubungan berbentuk sebati iaitu amalgamasi. Perhubungan yang lebih rapat antara wilayah dapat mewujudkan integrasi dalam bidang politik dan nilai. Perhubungan ini seterusnya mampu mengurangkan konflik dan mengutamakan persefahaman serta mewujudkan perasaan harmonis antara pelbagai etnik.

18 comments:

  1. thanks... semoga Allah memberkati kamu.. saya dapat ilmu disini :)

    ReplyDelete
  2. sy mintak izin nk guna nota-nota yang ada kat blog ni untuk kegunaan sy dan kawan-kawan kelas. terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  3. Terima kasih..nota-nota yang ringkas dan padat.mintak berkongsi ilmu yer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Terima kasih saudara...mintak izin berkongsi ilmu untuk pengetahuan saya dalam pengajian malaysia...

      Delete
  4. izin kn sye untk amk nota ni untk pngajian malaysia sye,,,,trima kasih

    ReplyDelete
  5. Diharap saudara memberi keizinan untuk mengunakan info di atas =)

    ReplyDelete
  6. terima kasih.. info yang sangat membantu meningkatkan lagi pemahaman.

    ReplyDelete
  7. Izinkan sy saudara utk mngguna/mmnta info di atas ya:)

    ReplyDelete
  8. Izinkan saya gunakan nota ini untuk pengajian saya. Terimakasih perkongsian.

    ReplyDelete
  9. Saya cadangkan tuan tulis pula cabaran media sosial untuk hubungan etnik pula

    ReplyDelete
  10. terima kasih.. maklumat yang sangat membantu untuk meningkatkan lagi pemahaman.

    ReplyDelete