Friday, October 9, 2009

KONSEP PREJUDIS DAN STEREOTAIP

Prejudis ditakrif sebagai pandangan negatif mengenai ahli atau kelompok etnik lain yang tersemat dalam hati seseorang atau kelompok etnik tertentu; prejudis tidak diluahkan secara terbuka. Lazimnya, pandangan ini tidak berasaskan maklumat yang jelas, tepat atau mencukupi. Apabila prejudis disuarakan, prejudis menjadi stereotaip.

Prejudis antara etnik berlaku apabila sesebuah kumpulan etnik memandang negatif terhadap kumpulan etnik lain. Prejudis yang kuat terhadap kumpulan etnik lain sukar diubah walaupun fakta yang kukuh diberikan bagi membuktikan bahawa pemahaman tersebut adalah salah. Melalui proses sosialisasi, sikap prejudis disalurkan daripada satu generasi kepada generasi yang lain. Kesan sikap prejudis semakin mudah dilihat apabila berlaku persaingan bagi mendapatkan sesuatu yang terhad sama ada dalam aspek politik, ekonomi atau sosial dan sebagainya.

Stereotaip merupakan kenyataan-kenyataan umum yang negatif terhadap sesuatu kumpulan etnik seperti "semua orang Arab itu beragama Islam", "Orang Belanda itu bersifat kedekut" dan sebagainya. Dengan kata lain, stereotaip ialah gambaran berlebih-lebihan tentang sesuatu perlakuan baik atau buruk yang ditujukan kepada sesuatu kumpulan etnik oleh etnik lain. Hal ini terhasil apabila berlaku pertembungan dua atau lebih komuniti etnik. Fahaman stereotaip ini akan menimbulkan perasaan yang negatif dalam kalangan masyarakat, khususnya masyarakat majmuk di Malaysia. Hal ini kerana fahaman stereotaip akan mengakibatkan sesuatu kumpulan etnik itu memandang rendah terhadap kumpulan etnik lain dan seterusnya membataskan interaksi antara etnik dan menimbulkan semangat perkauman yang menebal.

Ringkasnya, setiap kumpulan etnik mmpunyai pandangan stereotaipnyaterhadap kumpulan etnik yang lain. Sebagai contoh, orang barat mempunyai pandangan stereotaip terhadap kumpulan-kumpulan etnik di Malaysia. Begitu juga, etnik melayu mempunyai gambaran stereotaip terhadap etnik cina dan india dansebaliknya. Maka, setiap pertembungan etnik akan menghasilkan stereotaip yang berupa gamabran negatif atau positif.

9 comments:

  1. slmt sjhtera...
    saya ditugaskn untuk mmbuat folio tentang konflik hubungan etnik ni..
    soalan saya, adakah terdapat sumber2 terhadap apa yang saudara kupaskan...mohoh jawab ASAP,,tq..

    ReplyDelete
  2. en blogger ini hanya menyalin dari buku sahaja... bukan tulisannya. sekian...

    ReplyDelete
  3. "Stereotaip merupakan kenyataan-kenyataan umum yang negatif terhadap sesuatu kumpulan etnik seperti "semua orang Arab itu beragama Islam", "Orang Belanda itu bersifat kedekut" dan sebagainya.

    "semua orang Arab itu beragama Islam". Saya tak nampak unsur negatif dalam contoh ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul la tu negatif.. Sbb x smua org arab tu yang beragama islam.. Anggapan tu yg menyebabkan ianya negatif..~

      Delete
  4. Maaf,boleh saya tahu mklmat nie dpt dari buku apa,trma ksh

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya buku yg kulit die warna coklat tu..yg buku lg satu tu~ tw kn?

      Delete
  5. stereotaip etnik cina terhadap cina sesungguhnya adalah tajuk yg agak susah utk dikupaskan.sesiapa ada sumber rujukan,,boleh lah share kan..jasamu dikenang..

    ReplyDelete
  6. keseluruhan blog ni byk membantu saya membuat persiapan terakhir untuk exam. terima kasih

    ReplyDelete