Sunday, October 11, 2009

KONSEP AKOMODASI

Akomodasi merupakan proses yang menyebabkan setiap kumpulan etnik menyedari serta menghormati norma dan nilai kumpulan etnik lain dan tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing. Konsep ini diwakili oleh formula A + B + C = A + B + C, disini A, B dan C merujuk kepada budaya.

Pelbagai kumpulan etnik hidup secara harmonis dan menghormati antara satu sama lain. Pada peringkat pemerintahan pusat, setiap kumpulan etnik mempunyai wakil dalam bidang ekonomi dan pendidikan dan mereka saling bergantung. konsep ini begitu meluas diamalkan di Malaysia kerana setiap kumpulan etnik bebas mengamalkan budaya mereka dalam keadaan harmoni. Jika dilihat di luar Malaysia, Switzerland ialah negara yang mempunyai hubungan etnik bersifat akomodasi kerana etnik jerman, perancis dan itali saling membuat penyesuaian antara mereka.

4 comments:

  1. wow..bes ar blog ni..sng nk wat keje....

    ReplyDelete
  2. haha.. thanks.. blog ni bg sy buat keje n jawab soalan dengn mudah.. so simple.

    ReplyDelete
  3. adakah akomodasi ni merujuk kepada pengikhtirafan politik.

    ReplyDelete