Friday, October 9, 2009

KONSEP ETNIK, ETNISITI DAN ETNOSENTRISME

Etnik boleh didefinisikan sebagai sekelompok manusia yang mengamalkan budaya yang hampir seragam, termasuk adat resam, pakaian, bahasa dan kegiatan ekonomi. Konsep etnik mempunyai erti yang berkaitan rapat dengan konsep-konsep ras dan bangsa. Ras dan bangsa memberikan penekanan pada perbezaan fizikal atau sifat-sifat biologi (keturunan dan pertalian darah yang sama) antara sesama manusia. Dalam konteks masyarakat majmuk Malaysia, terdapt pelbagai kelompok etnik yang hidup berlainan, tetapi dibawah sistem politik yang sama.

Etnik dapat dikelaskan melalui perbezaan budaya. Etnik sering berbeza berdasarkan ciri budaya seperti adat resam, pola keluarga, pakaian, pandanganmengenai kecantikan, orientasi politik, kegiatan ekonomi dan hiburan. Di Malaysia, orang melayu, india, cina, kadazan dusun, melanau dan pelbagai lagi dianggap sebagai etnik. Etnik pada dasarnya bersifat etnosentrik, iaitu mengangap ciri-ciri budayanya sebagai wajar, betul dan lebih utama daripada budaya etnik lain yang dipandang rendah serta dianggap ganjil ataupun berada pada tahap rendah atau tidak bermoral.

Konsep etnik membentuk konsep etnisiti dan etnosentrisme. Etnisiti merujuk kepada rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu. Hal ini bererti wujudnya satu kebudayaan atau sub budaya yang jelas yang menyatukan anggotanya dengan satu sejarah, nilai, sikap dan tingkah laku yang sama. Etnosentrisme pula merujuk kepada kepercayaan atau rasa bangga yang wujud dalam kalangan anggota sesebuah kelompok etnik bahawa budaya dan etnisiti mereka adalah jauh lebih baik dan hebat daripada kelompok lain. Etnosentrisme juga membawa makna suatu perspektif yang melihat kelompok etnik lain menerusi lensa dan kaca mata etnik sendiri.

4 comments:

  1. jasikan rujukan ini.. thank you :)

    ReplyDelete
  2. nak tya, admin dptkan semua maklumat ttg etnik ni dlm buku apa nya? mksd saya siapa penulis dan tajuk buku nya?

    ReplyDelete
  3. Msih xfhm lagi apa kesan sekiranya seseorang mengamalkan sikap etnosentrisme .. .Apa akn jdi kepada org tu dan negara

    ReplyDelete