Monday, September 6, 2010

Penggunaan Facebook dan Kesan Keatas Hubungan Etnik

Mutakhir ini, media seolah-olah sudah kehabisan modal untuk membuat laporan isu-isu yang bersangkutan dengan Hubungan Etnik yang terdapat di Negara kita Malaysia. Isu penggunaan akaun facebook tetap menjadi sasaran laporan yang hendak diselitkan didada-dada akhbar.

Memang tak dinafikan, penggunaan akaun facebook sudah terlalu bebas, sehinggakan terdapat individu yang hilang ingatan sebentar, yang mana mereka seolah-olah terlupa bahawa mereka sedang diperhatikan. Mana ada privacy dalam dunia internet ini!

Setiap apa yang anda lakukan sememangnya diperhatikan oleh mata-mata yang tak pernah kenal letih, yang tidak buta, waima mengalami rabun akibat terlalu lama menghadap skrin monitor. Lihat sahaja berapa ramai yang dah tersangkut, akibat terlajak menggunakan kemudahan wall, yang tercoret pada halaman facebook masing-masing.

Kamu semua perlu ingat, facebook bukan milik kamu seratus peratus. Kamu hanya meminjam sahaja daripada pihak yang memberi kemudahan tersebut.

Ibarat kita menyewa pakaian daripada sebuah butik, adakah mungkin pemilik butik tersebut tidak kenal siapa kita? Ini pasti mustahil dan tak akan berlaku, latar belakang kita pasti diselidik terlebih dahulu sebelum kebenaran untuk menggunakan pakaian tersebut diberikan.

Namun apa kan daya, nampaknya ramai yang telah terlena akibat penangan laman web sosial yang kelihatan begitu menarik perhatian.

Jangan lah kerana mahu menarik perhatian orang ramai, kerana ingin menjadi pelakon drama lelaki/wanita popular, kamu sanggup buat perkara yang cetak akal.

Sudahnya, perhatian dunia terpesong sebentar
.
.
.
.
Semua kerana mahu melayan kerenah kamu yang kurang ajar!

2 comments:

  1. Facebook tidak bersalah...pengguna yang bersalah....

    ReplyDelete
  2. betul tu miecyber, facebook tak bersalah, pengguna yang menyalah gunakan facebook tu sendiri.

    Pistol tak bunuh orang, orang yang bunuh orang

    ReplyDelete